My Tunnel
Sunday, May 08, 2005
Di keheningan malam ini, tika sang hujan menitiskan titisan airmata dari kaki langit, sewaktu sang cengkerik bersembunyi di balik rumpun, di saat kesyahduan malam meringsing kekosongan alam dan sewaktu sang angin bersepoi mengikut arah tuju awan yg meyelindungi segala bintang bintang yg dulu berselerakkan di nun tinggi di sana, tibalah sesuatu azab dan roh yang hilang pada tika suatu masa, cuba mencari jalan yang dulu ia tinggalkan dan meneruskan perjalanannya...
Sudah lama roh telah meninggalkan kesan-kesannya dan titik perjalanannya disini... ia cuba berlari dari segala kebenaran yang sungguh memilukan.. berlari tanpa arah tujuan agar dilupakan segala yang telah berlaku sewaktu kehilangannya...
Akhirnya, kembali juga roh ku kembali.. bersatu dengan jasadku, cuba memberiku kekuatan demi menangkisi segala, kelukaan, kepahitan, kepiluan yang telah serasi dan lali di dalam diriku ini... terbukalah sesuatu lembaran baru buatku menulis cebisan ini, agar dapat memberiku kesempatan untuk menoleh kebelakang di kemudian hari, agar dijadikan iktibar demi meniti hari hari yg akan datang...
Tujuan jasad ini menulis cebisan ini bukanlah demi menghentak dan mengguris insan insan yg lain jatuh ke bumi... diriku ini hanyalah mampu menulis agar diri ini dapat merenung sejenak apa yang telah berlaku ketika roh ku hilang dari jasadku...
Kepada Chipsmore:
Sepeninggalan ku di akhir cebisan yang lalu... ku seakan akan dibayangi kekhuatiran akan kehilangan insan yang ku kasihi... di tika itu, ingatanku selalu padamu walaupun ku tahu dirimu sudah lama berubah.. Perubahanmu begitu ketara sekali... tiada lagi kata-kata mu.. tidad lagi panggilan mu...namun pada saat itu, ku cuba meyakinkan diri bahawa segalanya akan diketahui sesuatu masa andainya allah swt memberikanku kesempatan mengetahui bukan dari mulut orang lain.. tapi dari bibirmu sendiri...
Akhirnya, dapat ku mengetahui segala yg tersirat dan tertulis di hatimu yg paling dalam.. kejujuarn yg ku dambakan dari suatu hari ke hari yang lain akhirnya telah ku kecapi..
Memang pilu hati ini apabila mendapat tahu kebenaran dari bibirmu...bahawasanya, ada insan yang bertakhta di hatimu selama ini... dan amat sukar bagi dirimu melupai akan dirinya...
Seakan, terngiang ngian kuping ku ini cuba membayangkan kata kata yg kamu tuliskan itu...menggigil tubuh ini melihat kejujuran yang selama ini ku nantikan...
Sesungguhnya, diriku ini tidak pernah membencimu dan menyalahkanmu di atas apa yang terjadi.. kau berhak menerima yang terbaik.. dan mungkin juga yang terbaik bukanlah datangnya dari sang gagak yg kerdil ini...
Jodoh pertemuan di tangan allah swt... dan ku tidak pernah menyesali akan pertemuan ku yang pertama kali denganmu... Mungkin, apa yg ku kesalkan dan terkilan, ialah, dirimu tidak berlaku adail padaku kerana tidak memberitahu isis hatimu yang sebenar pada hamba yang pacar dan hina ini...
Malamku ditemani tangisan tangisan sepi di kamarku ini...fikiran ku malap.. ku cuba mencari jawapan tapi tidak bertemu akan yg ku carikan...Setiap kali aku mengenangkan peristiwa lalu, akan gugurnya titisan dari kelopaku ini dengan tidak disengajakan...
Aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada keesokkan harinya, teman... Namun yang pasti, diriku kini sudah terkilan dan takut akan kelemahan diri ini sendiri, seakan akan ku menjadi mangsa pada emosiku sendiri...
Walau apa pun terjadi, dirimu adalah sahabatku dunia dan akhirat... namun yang pasti, aku bukanlah seperti dahulu.. kelukaan ini telah mengajarku erti percintaan...dan kini.. tiada lain yang ku dambakan... hanyalah ketenangan yg hakiki buat diri ini dan keluarga yang dicintai...
Kepada "Daisy"
Pertemuan kita dan titiknya persahabatan ini bermula kerana hakikatnya kita terluka...tiada pernah ku sangkakan bahawa ada insan yg senasib dengan diriku... Ku amat bersyukur kerana allah swt telah memberikanklu semangat untuk ku meluahkan segala kepedihan hatiku ini kepadamu dengan tidak disengajakan... Kepiluan malamku sering diserikan dengan kelucuanmu yang bersahaja sahaja... seakan akan, terubat sedikit luka ku ini apabila dapat berkongsi pendapat denganmu... Terima kasih di atas kata kata perangsang dan sokongan yaang telah dikau curahkan walaupun pada hakikatnya, dirimu dibayangi luka luka mu yang silam sendiri..
Diri ini amat tersentuh dan menghargai persahabatan yang dikau hulurkan...Ku doakan yang terbaik buat dirimu...semoga segala luka mu akan terubat di kemudian hari.. insyaallah...
Kepada Bluey,
Hadirmu bagaikan bayang bayang... seringkali dikau muncul tanpa ku duga, teman...dan seringkali juga dirimu menghilang tanpa ku sedari akan kesilapanku ini... Yang pasti, ku amat meghargai akan persahabatan yg dijalinkan selama ini... Ku mengerti akan kedaifan ku yang lau dan disebabkan itu.. persahabatan kita ini sering dibayangi kisah kisah yg lalu... ku mengerti dirimu telah terluka dek permainan suratan takdir.. namun usahlah aku yang dipersalahkan kerana suratan takdir.. sesungguhnya, apa yang berlaku adalah di luar kemampuanku...
Namun yang pasti, ku amat menghargai persahabatan yg kau hulurkan... dan sesnugguhnya tidak mahu akan kehilangan seseorang sahabat sepertimu...
Pelbagai ujian telah kau lalui... dan pelbagai dugaan yg telah kau tempuhi.. dirimu masih tegah di sini...ku bersyukur ke hadrat illahi bahawa persahabatan ini masih berpanjangan, insyaallah..
Sebelum ku akhiri cebisan ku ini... ingin sekali ku memohon maaf seandainya ada silap kata kata ku yg mungkin mengguriskan perasaan mana mana pihak.. sesungguhnya, apa yg ku luahkan adalah dari dasar hatiku sendiri...
Semoga kita berjumpa lagi....
CrAsHbUrN was in @ 10:34 PM